28 December 2008

Berani Gagal

Adooyaiiiii...(sambil aku head banging)keluhan hati aku pada diri aku sendiri-sesuai dengan tajuk blog aku ini. Kenapa aku mengeluh? Sebab aku berpeluh-peluh atau aku terseliuh miuh? Jawapannya dua dua bukan.

Aku rasa tak pernah lagi aku menerima tamparan yang hebat secara spiritual sebegini.Siapa tampar aku?Aku pun tak tau...mungkin tamparan dari tanganku sendiri untuk membunuh nyamuk yang kelaparan dan menggigit aku masa aku nak post blog ni.Celaka tul ko nyamuk!Jangan bagi aku kena chikunguya sudah!'',jerit aku sambil menekan spray Ridsect ke udara...

Gagal.. Apa yang boleh dikatakan gagal? Gagal ni kalau di semak kat kamus dwibahasa Oxford Fajar Bakti yang aku beli masa sekolah dulu membawa maksud fail; be unsuccesful; become weak, cease functioning; neglect or be unable; become bankrupt; declare to be unsuccessful.


Benarkah gagal itu merupakan permulaan kepada kejayaan?Atau gagal itu merupakan penamat bagi segala galanya? Bagi aku yang berfikiran secara kreatif dan kritis ini,menganggap gagal itu merupakan pengalaman yang harus di harungi oleh semua orang yang ingin berjaya dalam hidup atau dalam apa jua bidang yang diceburi.

Tanpa kegagalan,kita akan fikir yang kita ni terlalu sempurna dan ini akan menyebabkan kita ke arah penyakit syok sendiri. Gagal merupakan perkara yang baik jika kita ambilnya secara positif,tapi tak semestinya selalu gagal tu baik pulak.Yang tu bodoh namanya...Sekali sekala dah la.

Tapi jika difikirkan balik,banyak perkara yang aku gagal dalam mencapai hidupku ini.Gagal dalam menguruskan masa,gagal dalam perhubungan, gagal dalam memahami perasaan seseorang(no komen),gagal dalam mengatur langkah.gagal dalam belanjawan dan gagal dalam akademik,dan mungkin banyak lagi.Banyak pulak kegagalan aku ni...adakah aku ni bod...ermm..kurang pandai?Mungkin.....atau pun memang pun.Dan aku menyedari perkara itu.Nasib baik aku sedar,syukur kepada Allah S.W.T kerana menyedarkan aku.

Jadi sempena tahun baru,dan usia baru aku yang sudah mengjangkau 22 tahun.Aku perlu melakukan anjakan paradigma dan transformasi atau penghijrahan ke arah sesuatu yang lebih baik dari yang sebelumnya.Masa takkan menunggu kita dan perubahan takkan berlaku jika kita tiada usaha untuk mengubahnya.

Jadi,bersempena dengan tahun baru yang akan kita sambut tak lama lagi ini...aku harap kita dapat muhasabah balik diri kita sepanjang kita hidup ini.Apa yang dah kita lakukan,apa yang belum kita lakukan atau apa yang kita mesti lakukan...Rancang hidup korang semua bermula awal tahun ini dari sekarang,jangan menyesal bila dah sampai hujung tahun nanti.

Bersama samalah kita membawa perubahan kepada diri kita,keluarga,masyarakat,bangsa.agama,dan negara.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009 DAN 1430H...

4 comments:

baqor said...

gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya..sabor gu. lph ni smbung smla..

m taufiq a aziz said...
This comment has been removed by the author.
m taufiq a aziz said...

gagal on paper je. apa ada hal. dah kena lalu tang jalan tu. jalan je la dude. kawan kawan ada je. ko dah mengadap bos? huhu

jon jonson said...

kecik2 dulu pun lebam juga lutut sblm nak pandai berjalan...tp selamba je terus mencuba wlpn tahu peluang utk tersembam masih tggi...apsal kita ni makin beso makin kurang daya tahan?