24 April 2009

Tak Banyak Cakap

Aku jarang update blog aku,sebab sibuk tu satu hal...dan lagi aku tak tau nak hantar ape dan aku malas nak menaip.So aku selalu kat blog BASAR je..sebab takyah nak pikir nak tulis ape..pakai hantar gambar yang aku amek jek..hahaha

23 April 2009

War!



Pencerobohan tentera semut hitam ke atas koloni anai-anai.Para tentera anai-anai berjuang mempertahankan Ratu daripada ancaman keganasan tentera-tentera semut hitam.Permusuhan antara kedua-dua pihak tak pernah kesudahan.Berjuang hingga ke hayat yang terakhir.

03 April 2009

Anai-Anai 1


Anda kenal binatang apakah ini? Cicak?Kibas?Raksasa otromen? Atau makhluk dari planet Marikh?.... Ya!Tepat sekali,bukan ayam...tapi anai-anai.Makcik jual nasi lemak pun tau...

Anai-anai tergolong dalam kumpulan serangga ia adalah spesies yang hidup dan bekerja dalam kumpulan atau bersosial.Maksud di sini bukanlah mereka ini golongan yang suka bersosial di kelab-kelab malam atau dangdut tetapi mereka hidup dalam satu koloni yang besar.Dalam satu koloni terdapat ratu,raja,pekerja,askar dan nimfa atau anak yang belum akil baligh lagi dan.... seekor Perdana Menteri......( percaya ke?)

Gambar di atas ini adalah seekor anai-anai pekerja dan kerja beliau ialah bekerja untuk mencari makanan.Kategori ini sangat rajin bekerja kerana sudah menjadi kerja mereka untuk bekerja.Apa jua kerja mampu mereka kerjakan dengan tenaga kerja yang ramai.Apa yang penting?Kerjaasama!

Dalam satu koloni terdapat lebih kurang beratus ribu ekor anai-anai dan mungkin berjuta-juta,mengikut bancian yang telah dijalankan.Tugas-tugas para pekerja adalah untuk mencari makanan kepada koloni, membina,membaiki dan membaik pulih kediaman mereka.Mereka ibarat Jabatan Kerja Raya dan jabatan-jabatan pelbagai,cuma Jabatan Pentadbiran dan Jabatan Pertahanan sahaja bukan.

Anai-anai berbeza mengikut tugas masing-masing,seperti contoh,anai-anai pekerja seperti yang anda lihat di atas.Bagi anai-anai askar pula berbeza rupa dan bentuknya...
.....(bersambung)