31 March 2009

Aku dan Profesion

Aku kini seorang pembunuh...ya,aku pembunuh! Saban hari aku sentiasa mencari dan membunuh mangsa-mangsaku. Aku tidak menyesal dengan apa yang aku buat ini. Aku tak takut polis, polis pun tak takut kat aku. Sebab tu selalu je kena saman...ceh!Aku telah diklasifikasikan sebagai pembunuh bersiri yang sangat zalim. Malah ada juga yang mengatakan aku ini kejam...betul...kadang-kadang aku biasa saje memijak-mijak mangsa-mangsaku,pernah juga menampar mereka sehingga mati. Ada yang putus kepala,kaki,pecah perut...dan sebagainya. Aku menyara kehidupanku ini dengan menerima upahan untuk membunuh. Jadi jika ada sesiapa yang perlukan aku untuk membunuh makhluk-makhluk yang anda tidak gemari di sekeliling anda terus saje hubungi aku atau ke sini...INSEPRO.

23 March 2009

Mushroom?


Takde nak watpe pagi2 ni sebab nak g keja takde transpot lak....dah lama tak maen2 ngan paint.Rindu tol...

19 March 2009

Bayaran Tunai

Kali yang ke berapa dah aku sendiri pun tak ingat. Dah macam perkara biasa bagi aku tapi aku bukannya suka sangat bila kena.Kalau boleh jangan kena lagi bagus.Tapi itulah apa yang di katakan pembalasan secara terus dari Tuhan kepada hamba-hambanya terhadap apa yang dah mereka buat sebelum ni.

Sri Petaling, pukul 5 pm................Tiba-tiba,tanpa aku sedari kaki kananku dah di hempap oleh BDH4488,aku mengesot perlahan-lahan untuk melepaskan kakiku...tapi aku tidak terdaya.Puas aku menarik tapi tak dapat lepas kerana berat si BDH itu bukan main lagi.Nasib baik ada kawan sepermotoran yang berhenti menolong aku.

"Abang OK?",tanya beliau kepada aku...
"OK-ok"...balas aku untuk tidak menghampakan pertanyaan beliau itu.

Aku yang baru diselamatkan tadi cuba mengambil kasut PKNS sebelah kanan aku yang tercabut,kain lap merah dan serpihan kepala si BDH.Lalu aku duduk di pembahagi jalan dan merenung kereta putih yang sudah tercabut bumpernya.Si empunya kereta putih datang kepada aku dan bercakap dalam bahasa Melayu slang cina.
"Itu jauh u....pot pet pot pet pot pet...",dalam lebih kurang lima ke lapan patah perkataan.
Sepatah haram aku tak paham...lepas tu dia blah.

Lepas memasukkan bumper belakang beliau yang dah patah dan tercabut itu ke dalam kereta,beliau terus mem'blah'kan dirinya.
Eh-eh? Aku jadi pening ngan gelagat dia.Apehal cina ni?Aku terpaku...aku yang salah ke dia? Apesal die blah camtu je?

Lebih kurang beberapa mat motor yang singgah di tempat kejadian tadi bertanya khabar kepada aku.Ada yang tanya aku nak ambik nombor kereta tu tak? Aku tak tau nak jawab apa. Aku malas nak besar-besarkan cerita.Kalo tak kang bertumbuk aku ngan cina tu kat situ...
Kemungkinan cina tadi terus blah sebab aku di kelilingi ramai mat-mat motor.Takut kena blasah la tu kot...

Yang abang motor sorang ni nak gi tahan keta tu dari blah,tapi bile die tengok aku yang takde menunjukkan reaksi ape-ape die pun jadi serba salah nak gi tahan...terus die sound aku.."Ni sape salah?Apesal ko tak cakap pape?"
Aku pun jawab"Biarlah,terima kasih bebanyak bang",sambil senyum.
Brader yang semangat berkobar-kobar nak tahan keta cina tadi tu pun senyum kepelikan kat aku.
Brader sorang lagi asyik tanya aku ok ke tak...nak bawak ke klinik ke tak...
Aku cakap takde pape,trus aku naek si BDH yang dah jadi separuh MKU(motor kurang upaya) dengan kecacatan sementara itu dan terus menuju ke lokasi kerja aku dan bekerja dalam keadaan yang menyayat hati.

Tribute to brader2 motor yang menolong aku tadi...hidup geng motor!!

06 March 2009

@-D-O-O-Y-A-A-iiiiii tergendala buat sementara waktu

Harap maaf diminta...blog ini terpaksa di gendalakan kerana kesibukan si blogger ini yang baru memulakan alam pekerjaan beliau.Kerana kesuntukan masa dan kerja yang tidak mengira siang dan malam menyebabkan blog ini terbengkalai.Tetapi si blogger akan mencari jalan untuk mengaktifkan semula blog ini.Cuma perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan dengan suasana dunia sekarang yang tidak menentu....PEACE!