25 January 2009

Fenomena Cuti Berulang Lagi

Setiap kali musim perayaan,tak kira perayaan orang Islam ke,Hindu ke,Cina ke...mesti cuti...dan setiap kali cuti,semua orang pulang ke kampung masing-masing.Walaupun cuti tu tak ada kena mengena dengan kita selaipun.Seperti sekarang,cuti tahun baru cina disekalikan dengan cuti pertengahan semester.Ini telah menyebabkan seluruh bandar Shah Alam yang aku diami kini kembali kosong,lengang...seperti kawasan ini telah di jangkiti wabak penyakit.Tiada kesan-kesan kehidupan di sini.

Seperti biasa,aku akan menghantar kawan-kawanku ke stesen bas seksyen 17.Selama dua hari ini aku ke sana untuk menghantar mereka.Malam pertama aku menghantar Paan,di stesen bas kelihatan penuh dengan manusia yang seperti ulat-ulat bergelimpangan di sebalik bas-bas ekspress.Mereka semua ini seperti mempunyai badan yang kebal kerana tidak menghiraukan bas-bas yang ingin keluar masuk.Selamba dek je mereka berada di laluan bas-bas itu.Sungguh ramai yang balik ke kampung masing-masing.Tidak cukup dengan syarikat bas yang sudah sedia ada,bas tambahan juga disediakan bagi mereka yang sangat-sangat ingin pulang ke kampung.Risiko untuk berebut bas bagi bas tambahan sangat tinggi kerana tidak dinyatakan di dalam tiket tentang nombor bas dan nombor kerusi.Ini terpulang pada nasib masing-masing.Sudahlah tambang bas mahal.Sungguh sedih melihatnya..huhuhu

Malam kedua,aku menghantar Amus Logos a.k.a Amu ke sana...pada malam itu juga masih ramai lagi manusia yang mahu pulang ke kampung.Sampai sahaja di sana,Amu menghulurkan aku sekeping kertas berwarna merah yang kalau digunakan di kedai boleh membeli kad topup yang berharga RM10.Aku berasa serba salah untuk mengambilnya kerana aku tak berniat pun nak pow dia.Tapi apakan daya disebabkan oleh keadaan aku yang amat menyedihkan ini aku terpaksa menerimanya dengan hati yang agak terbuka.

Kertas itu aku gunakan dengan sebaik mungkin.Pada malam sebelum itu aku telah menggunakan kertas yang sama warnanya untuk menonton wayang di Jusco Bukit Raja.Tahap kebosanan aku memaksa aku bertindak sedemikian dan aku tak boleh mengelaknya kerana itu adalah antara hobi ku.Menonton Underworld 3 yang sangat menarik sekali,dan aku berhajat untuk kesana lagi bagi meneruskan hobi aku.Kali ini hajat aku untuk menonton Red Cliff 2 pula.Hanya menunggu masa dan mangsa sahaja untuk kesana.Hahahaha!

Sudah kehabisan idea untuk ku nukilkan di sini,mungkin tandanya untuk aku berhenti seketika untuk bermain games pula...selamat bercuti dan bawaklah balik sekali sekotak atau dua kotak berisi limau mandarin kepada ku..=)

24 January 2009

My Nikon COOLPIX S600


Senjata utama aku dalam menjalankan usaha murni mengabadikan segala kejadian yang terjadi di depan mata...Impian kecil ku untuk menjadi photographer yang berkaliber,berwawasan,dan berhemah.Masih dalam permulaan sebelum bertukar kepada DSLR yang lebih tangkap leleh atau leh sangkut kat leher...usaha,sabar,tawakkal...usaha sama antara aku dan taufik a.k.a kep di blog BASAR

15 January 2009

Gawat


Zaman kemelesetan ekonomi yang melanda seluruh dunia sekarang ini turut mempengaruhi kehidupanku.Sehingga kini aku masih lagi mampu bertahan untuk meneruskan hidup aku walaupun kewangan aku kini kian mencapai peringkat yang agak parah. Menurut kajian aku sendiri jika aku masih lagi berada pada landasan sekarang,aku mungkin akan menghadapi krisis kewangan yang paling teruk sekali dalam sejarah hidup ku ini.

Dalam menjana kembali pendapatan aku sekarang ini,aku perlu mencari alternatif secepat mungkin untuk menampung kos sara hidup yang amat tinggi di tambah pula dengan nafsu makan aku yang cukup bergelora saban hari.Usaha untuk menabung bagi meneruskan pengajian ku kembali yang tertunggak kini perlu dimulakan.Selain dari terpaksa bertukar kepada menu makanan yang agak bersesuaian dengan kewangan yang meruncing ini,pencarian kerjaya yang sesuai juga perlu menyusul seiringan dengan lebih agresif lagi.Kecerewetan dalam pemilihan kerja bukan lagi menjadi persoalan apabila keadaan mendesak untuk tidak melakukan sedemikian.

Walaupun sedar dengan kadar peluang untuk mendapatkan kerja amat tipis pada masa sekarang,keberanian untuk mencuba perlu juga di gerakkan.Berbekalkan pengalaman pengalaman dalam pelbagai bidang yang sudah terkumpul dalam diri ini,dan pergantungan hati pada Tuhan yang maha pengasih dan penyayang,insyaAllah akan ada kerja yang halal untuk ku...Usaha,sabar dan doa yang berterusan menjadi kunci utama dalam terus mencari peluang peluang yang terbuka.

08 January 2009

Mengapa Kita Semakin Beso Semakin Kurang Daya Tahan?

Petikan tajuk kali ini diambil dari kata-kata abang besar aku selepas berbual dengan beliau menerusi teknologi yahoo!Messenger iaitu abg Jon Jonson.

Mengapa?Semakin kita dewasa semakin itulah kita kekurangan daya tahan.Baik dari segi fizikal,mental,atau pun rohani.Mari kita imbau balik ke belakang,semasa kita kecil-kecil dahulu kita mudah untuk melakukan kebaikan dan mampu mendisiplinkan diri.Ini kerana semasa kecil,pengaruh luar masih belum lagi meresap ke dalam diri yang masih bersih ini.Allah sentiasa melindungi mereka yang masih baru dalam mengenal erti dunia sebenar.Apabila mencapai usia baligh,Allah memberi kita akal yang waras untuk menilai dan meneroka sendiri kehidupan ini.

Setiap perbuatan kita, akan ditanggung oleh kita sendiri pada masa kelak.Kita tidak boleh mengelak dari menghadapi dugaan dan cabaran yang datang bertalu-talu ke arah kita.Semakin kita dewasa,semakin itulah dugaan dan cabaran akan terus menerjah kita bila-bila masa sahaja.Dari sekecil-kecil dugaan hingga ke sebesar-besar dugaan,mengikut tahap individu masing-masing.Allah sentiasa berlaku adil terhadap makhluk-makhluk-Nya.Dia tidak akan mendatangkan dugaan kepada kita dugaan yang tidak mampu kita hadapi.Cuma kesanggupan untuk menerima dugaan itu sahaja yang penting.

Kita tidak boleh mengelak atau menafikan semua musibah yang datang kerana musibah yang menimpa kita tidak akan ke mana-mana selagi kita tidak sanggup menghadapinya.Inilah ujian yang perlu ditempuhi dalam menjadikan jiwa ini kental dan sentiasa bersabar dalam mengharungi pahit getir kehidupan.Selepas berjaya melawan dugaan yang datang,jangan terkejut kerana mungkin selepas ini akan datang dugaan yang lebih besar dari sebelumnya.Sebenarnya ini adalah cara Allah menaikkan tahap kedudukan seseorang itu dari bawah ke kedudukan yang tinggi darjatnya.Ianya seperti permainan komputer, yang perlu kita selesaikan peringkat demi peringkat.Semakin tinggi tahap permainan kita,semakin sukarlah permainan tersebut dan selepas berjaya akan mendapat markah yang tinggi.(contoh yang hanya kaki games je yang leh bagi)

Mungkin dewasa ini kita sering alpa dan lalai dengan bisikan-bisikan syaitan yang selalu berusaha menjatuhkan umat Islam.Melumpuhkan daya tahan mereka yang lemah.Lalai di tipu oleh keseronokan duniawi dan menyebabkan lupa dengan tujuan asal dan matlamat perjuangan mereka yang sebenar.Mereka yang tewas dalam menghadapi dugaan akan menjadi lemah dan terus lemah.Jika dibiarkan berlanjutan,pembentukan untuk menjadi mukmin yang kuat tidak akan terlaksana.

Jadi kita perlulah bersiap siaga dalam apa jua keadaan pun.Berusaha memperkukuhkan daya tahan kita untuk melawan dugaan dan cabaran.Mulakan dari awal seperti pembentukan rohani,jasmani dan mental.Semua itu berbalik pada diri sendiri,70 pintu,hanya 1 pintu sahaja yg betul.Fikir dan buatlah pilihan dengan sebaik-baiknya.