28 December 2008

Berani Gagal

Adooyaiiiii...(sambil aku head banging)keluhan hati aku pada diri aku sendiri-sesuai dengan tajuk blog aku ini. Kenapa aku mengeluh? Sebab aku berpeluh-peluh atau aku terseliuh miuh? Jawapannya dua dua bukan.

Aku rasa tak pernah lagi aku menerima tamparan yang hebat secara spiritual sebegini.Siapa tampar aku?Aku pun tak tau...mungkin tamparan dari tanganku sendiri untuk membunuh nyamuk yang kelaparan dan menggigit aku masa aku nak post blog ni.Celaka tul ko nyamuk!Jangan bagi aku kena chikunguya sudah!'',jerit aku sambil menekan spray Ridsect ke udara...

Gagal.. Apa yang boleh dikatakan gagal? Gagal ni kalau di semak kat kamus dwibahasa Oxford Fajar Bakti yang aku beli masa sekolah dulu membawa maksud fail; be unsuccesful; become weak, cease functioning; neglect or be unable; become bankrupt; declare to be unsuccessful.


Benarkah gagal itu merupakan permulaan kepada kejayaan?Atau gagal itu merupakan penamat bagi segala galanya? Bagi aku yang berfikiran secara kreatif dan kritis ini,menganggap gagal itu merupakan pengalaman yang harus di harungi oleh semua orang yang ingin berjaya dalam hidup atau dalam apa jua bidang yang diceburi.

Tanpa kegagalan,kita akan fikir yang kita ni terlalu sempurna dan ini akan menyebabkan kita ke arah penyakit syok sendiri. Gagal merupakan perkara yang baik jika kita ambilnya secara positif,tapi tak semestinya selalu gagal tu baik pulak.Yang tu bodoh namanya...Sekali sekala dah la.

Tapi jika difikirkan balik,banyak perkara yang aku gagal dalam mencapai hidupku ini.Gagal dalam menguruskan masa,gagal dalam perhubungan, gagal dalam memahami perasaan seseorang(no komen),gagal dalam mengatur langkah.gagal dalam belanjawan dan gagal dalam akademik,dan mungkin banyak lagi.Banyak pulak kegagalan aku ni...adakah aku ni bod...ermm..kurang pandai?Mungkin.....atau pun memang pun.Dan aku menyedari perkara itu.Nasib baik aku sedar,syukur kepada Allah S.W.T kerana menyedarkan aku.

Jadi sempena tahun baru,dan usia baru aku yang sudah mengjangkau 22 tahun.Aku perlu melakukan anjakan paradigma dan transformasi atau penghijrahan ke arah sesuatu yang lebih baik dari yang sebelumnya.Masa takkan menunggu kita dan perubahan takkan berlaku jika kita tiada usaha untuk mengubahnya.

Jadi,bersempena dengan tahun baru yang akan kita sambut tak lama lagi ini...aku harap kita dapat muhasabah balik diri kita sepanjang kita hidup ini.Apa yang dah kita lakukan,apa yang belum kita lakukan atau apa yang kita mesti lakukan...Rancang hidup korang semua bermula awal tahun ini dari sekarang,jangan menyesal bila dah sampai hujung tahun nanti.

Bersama samalah kita membawa perubahan kepada diri kita,keluarga,masyarakat,bangsa.agama,dan negara.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009 DAN 1430H...

11 December 2008

Aidil Adha 2008

Sedih dan pilu rasenya....raya korban taun ni aku sambut kat S.Alam n kL. Aku nk balik tp my father said to me "Son, our kg is flooding now", dgn ucapan yg ringkas itu aku membuat keputusan ku.So,xdpt la aku nk balik lgpon tiket bas mst dh abiz bile last2 minit baru cari.adooyaiii...tp xpe sbb aku x bersendirian,aku beraya ngan abg n adik aku yg ada kt kL,kedai mkn bos aku. Raya haji ni xla semeriah raya puasa,so xterasa sgt la kalo braye kt kL pon. Cuma rase kesian je la kat ayah aku.sape la yg nk potong daging n tulang lembu korban tu nanti. Mgkin inilah pengorbanan...pengorbanan ke ni?Mcm x je..berkorban dgn x balik kg..?Org laen suma balik kg...tp aku pon balik kg gak pe..Kg baru kt kL.same je la kot.cuma suasana je yg berbeza.xpelah skali skala beraya kt tempat org.huhuhu

05 December 2008

Program Santai Di Kg. Budu

Isnin,1hb Dis-Aku,Kep,Baqor,Fataf n Nisa kami beramai2 menuju ke Kg. Budu,Kuala Lipis,Pahang untuk mengikuti 1 program santai yg bertajuk "Program Santai Pelajar2 Universiti IPTA/S" di Pusat Pembangunan Modal Insan(PPMI).

Kami bergerak dari Shah Alam tepat pada pukul 9:05am waktu Malaysia dgn menaiki kereta Nisa jenis Sutra(Naza) dan selamat sampai ke tempat yg d tuju dlm pukul 12:10pm.
Sepatutnya program ini start 30hb lg,tp ats sbb yg x dpt d elakkan kami terpaksa join pada 1hb. Xkisahla kan,asal dpt join wlaupon skejap je pon jd la.

Antara aktivit2 yg terdapat semasa di sana ialah,melawat ladang ternakan kambing,tapak pemprosesan gula kabung,menimba perigi Mat Kilau,night walk,beriadah di Lata Jarum dan mcm2 lg.Proram tamat pada 2hb.


Anda bacalah sendiri


Para peserta dari IPTA/S yg berlainan


Jadual perjalanan kami(catatan oleh Kep)

Siap masuk paper Sinar Harian(Pahang) tuuu...

Hari Ke-Dua Bekerja

29hb Nov 2008-Ini adalah hari ke-2 kami bekerja kat Kuzie Catering,catering yg tersohor di kalangan artis n selebriti. Kali ni function wedding seorg pilot AirAsia. Mmg grand abis ah,kos wedding die je dh dkat RM40k. Arini aku pakai baju warna hitam lak,sblm tu pkai warna merah. Saje try tkar angin lak. Masuk kerja kul 3pm,sbb function start kul 8pm.

So,korg check out pics ni. Pics aku xde sbb Kep dh xnk amek muke aku dh. Sedey aku...='(

Budaya lepak di kalangan para pekerja semakin menjadi2.



Perubahan yg mendadak! Sebelum bekerja...
(perhatikan perbezaannya)



Selepas bekerja...inilah hasil usaha keras beliau.


Mengidam untuk bekahwin juga,same2 lah kite berdoa ye...


Tempat lapangan kerja



Segak bergaya,Abg Baqor


Abg Baqor bersama rakan2 pasukannya yg comey


Menuju ke jinjang pelamin

04 December 2008

Kejadian Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja Hari Pertama

Pada hari yg sama Jumaat 28 Nov 2008,dlm kejadian yg berlainan....semasa aku dalam perjalanan ke tempat keja pada pukul 7:45am waktu tempatan, aku singgah sebentar ke rumah kep bersama kitkat untuk meminjam kasut si Panjang kerna kaki ku yg sama panjang ngan kaki si Panjang iaitu saiz 9 mengikut ukuran rakyat Malaysia.

Kep menyuarakan pendapat untuk menumpang bersama aku ke tempat kerja.Motif sebenar tidak di ketahui. Mungkin kerna ingin bermanja2 dgn aku kot...

Tambahan pula motor kesayangan ku pada ketika itu iaitu RXZ BDH 4488 ku mengalami ke'putus'an kabel clutch. Jd aku terpaksa membawa motor skuter suzuki V125 milik rakan serumah ku yg memberi amanah kpd ku untuk d jaga semasa cuti-termasuk leh bawak skali.

Semasa kami smpai di selekoh bulatan dpn Uitm,aku dgn berhati membrek skuter itu dgn mggunakan brek tgn yg terdapat pada skuter tersebut. Tp apekan daya,tetiba kejadian yg amat tragis pada hari Jumaat itu berlaku di saksikan oleh ramai rakyat Shah Alam yg dlm perjalanan ke tempat kerja. Skuter itu telah membabaskan dirinya tnpa kerelaan aku.
Aku dan Kep tersungkur ke dpn smbil Kep menindih aku tanpa belas kasihan. Degan macho-nya kami terus bangun dan bertanya khabar masing2. Alhamdu Lillah,kami selamat tp mengalami beberapa minor injury. Ala,aku bknya x biase kemalangan2 cmni sbb dlm tempoh 2 bulan ni aku sdh 2 kali kemalangan.Hahaha...dgn riak aku berbangga. Itu menunjukkan Allah tetap selamatkan hamba2nya.

Atas faktor2 yg telah di fikirkan,banyak lg gambar yg x mungkin di siarkan atas sbb mungkin akan mengurangkan selera makan penonton. Jd hanya beberapaa keping gmbr shja dpt disiarkan.untuk maklumat lanjut sila klik Di Sini.

nampak sikit tp kesanye amat mendalam

kelihatan kelibat skuter suspek kejadian di belakang


Antara faktor penyebab kemalangan:
1) Jalan yang licin di sebabkan oleh hujan
2) Tempat kejadian yg memang suwey-telah di akui oleh Wan(rakan yg pernah kemalangan di tmpat yg sama)
3) Jiwa aku yg x sesuai dgn skuter...(jiwa ku hanya untuk RXZ ku)

P/s: tp walaupun cedera,kami tetap bekerja pada hari kejadian...dgn sedikit ketempangan dan beberapa urat yg tersalah lari dari tempat asalnya.

Keje Di Wisma PKPS

Jumaat,28hb Nov-Aku bersama kawan2 ku Baqor,Fataf n Kep bekerja di bawah naungan Kuzi Katering,katering yg tersohor di kalangan artis2 n selebriti terkenal bertempat di Wisma PKPS hadapan bangunan Hotel Blue Wave Shah Alam.
Hari pertama kami bekerja-function Kongres Wanita Nasional Tahunan PKR 2008. Kelihatan ramai perwakilan2 dari seluruh negara berkumpul di sana.

Kuzie katering nama syarikat katering yg tersohor


Aku di sebelah Pak Engku,bos besar Kuzie Katering


Tiada dalam gambar Kep yg sedang mengambil gambar kami


Aku bersama Fataf(segak bergaya)

PC Ku Mengalami Stress

Tanggal 28hb Nov lalu PC aku telah mengalami penyakit berjangkit yg di khuatiri berpunca daripada stress yg teramat sangat. Ini mungkin di sebabkan oleh gaya hidup PC ku yg kurang sihat seperti berjaga di waktu malam hingga ke subuh hari mengalahkan pak guard UiTM. Antara simptom2 yg di alami oleh beliau ialah,kuar ayat penyata seperti berikut "NO VIDEO INPUT DETECTED" atau sewaktu denganya. Aku menjadi gelisah melihat beliau yg berkelakuan aneh sebegitu,lalu aku bertanyakan bomoh komputer tentang walhal tersebut. Tp sampai sekarang PC aku masih dalam keadaan x sedarkan diri. Nasib baik aku ada PC kawan aku sebagai pengganti sementara...oh,PC ku...aku amat merindui mu...



hampir 2 tahun beliau bersama ku





misteri ke-stressan beliau amat misteri


Disebabkan oleh penyakit misteri beliau,aku telah lambat untuk meng up-date blog ku ini selama lebih kurang seminggu. Dan dlm seminggu itu bnyk perkara telah berlaku...

27 November 2008

Kemenangan yang tak di duga

sabtu lepas,22 november 2008, aku bersama ngan pasukan2 silat cekak uitm malaysia mengambil bahagian dalam Karnival Wajadiri 2008 pertandingan persembahan seni silat cekak malaysia peringkat ipt kebangsaan bertempat di uniKL,BMI Gombak.


team uitm jln othman


team uitm malaysia


team uitm puncak perdana


anugerah pasukan harapan


syukur ke hadrat Ilahi atas kejayaan ini.mungkin ini sebagai pembakar semangat kepada kami untuk menganjurkan karnival wajadiri kali ke-3 di uitm induk pada tahun 2009 hadapan.

Apekah aktiviti aku pada masa cuti ini?

aku bersendirian di rumah sewa ku di no213 blok 42 jln plumbum seksyen 7,shah alam setelah semua housemate ku balik kampung meninggalkan aku keseorangan.perasaan keboringan menyelubungi jiwa ku yang memang slalu boring ini.maka timbullah niat untuk mencari rezeki di shah alam.setelah mengushar beberapa tempat ntuk mendapatkan kerja bersama rakan-rakan ku,kep dan baqor,kami berjaya mendapat kerja part time pada jumaat ini di bangunan PKPS depan Hotel Blue Wave Shah Alam.kerja banquet.itupun sebab ada orang dalam,huhuhu.tp who cares?lantaklah,asalkan dapat kerja sudah.

Alhamdu Lillah,dapat kerja ni sbb kerja ni xperlu g ari-ari...bila ada function je baru keja.bukanya sebab aku malas kerja ari2,tp di sebabkan oleh aktiviti yang aku perlu sertai pada cuti ini agak la banyak jugak.so,aku dapat bekerja bile time aku xde aktiviti.

aku dalam misi ku untuk mencari kasut hitam untuk digunakan pada jumaat ini setelah kasut hitam Balley ku di ambil oleh abang ku.dah la duit xde,camne nk cari kasut ni?petang ni aku kena cari gak kat bundle2 yg berdekatan.pape pun,kerja time!!!

salam

haiii....malu lah.~lalala~