06 February 2009

Sehari Ke Penang

Aku akan ke Penang hari ni untuk menghadiri Malam Pendekar di USM Pulau Pinang.Program yang tak boleh aku lepaskan.Tepat pukul 10.00 am di jangka akan terus bergerak.Aku perlu memakai baju batik semasa di sana,tapi masalah yang timbul sekarang ialah aku ketiadaan baju batik....kerana telah di pinjamkan kepada Wak...adoyai...camne ni??Terpaksa aku meminjam dengan orang laen lak..huhuhu
Nantikan laporan aku semasa aku di sana sekembalinya aku ke tanah air(macam kenal je ayat ni)...kata-kata ini di petik dari abang jon jonson.

01 February 2009

Berani Benar

Aku ingat ramai yang akan 'basuh' aku habis-habisan bila aku beritahu situasi aku sekarang.Tapi lepas aku berterus terang dengan beraninya,masih ramai yang percaya dan menaruh harapan tinggi kepada ku.Kenapa kita perlu takut kepada kebenaran dan fakta?Berani memperkatakan apa yang benar walaupun ia amat pahit sekali bagi kita,mengajar aku erti nilai jujur dalam apa jua perbuatan kita.Ingatlah apa yang guru dah pesan kepada kita...