Monday, October 26, 2009

serabut

ape aku nak post ni....?

maaf,aku tak tau nak watpe...nantikan ke'aktifan' aku di blog ini bile-bile masa je lagi...




sibok 'membunuh' jek...

Saturday, August 1, 2009

Buku

Aku ingin men'suggest'kan kepada semua peminat novel-novel yang berupa sejarah Islam untuk membaca buku-buku karangan Abdul Latip Talib atau Pak Latip dan ia diterbitkan oleh PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

Buku yang dikarang oleh Pak Latip ini lebih berkisar kepada sejarah kebangkitan Islam di zaman Rasulullah S.A.W. Dari zaman khulafa ar-rasyidin yang empat sehinggalah ke zaman Bani Uthmaniah. Antara judul-judul buku hasil karya beliau ialah Khalid- Memburu Syahid, Umar Al-Khattab- Reformis Dunia Islam, Salahudin Ayubi- Penakluk Jerusalem, Ali Bin Abi Talib- Mutiara Ilmu Islam, Abu Bakar- Sahabat Sejati, dan banyak lagi judul-judul lain.

Apa yang membuat aku tertarik kepada novel-novel karangan beliau ialah tentang jalan ceritanya yang agak mudah diikuti dan mudah difahami dari segi plot-plot ceritanya. Beliau(Pak Latip) menggambarkan keadaan dan suasana seolah-olah beliau juga turut serta bersama pada zaman itu membuatkan aku kagum dan menghayati jalan ceritanya. Sememangnya aku merasakan beliau ini bukanlah orang kebiasaan.

Setakat ini aku sudah mengumpul enam judul novel karangan beliau, seperti yang aku sebut tadi. Aku cuma dapat mengesyorkan sahaja, tapi kalau mahu membacanya belilah sendiri. Tak rugi jika dijadikan koleksi peribadi kerana ia amat bernilai dari segi kandungan yang terdapat didalamnya dan kualiti buku-buku tersebut yang agak 'catchy'.

PTS Publication

Monday, June 22, 2009

Selamat Hari Bapa

Tiada kata-kata yang dapat ku ucap...

selain dari mengucapkan...

Kami sayang ayah

Sunday, June 7, 2009

Anugerah Gelaran

Siapa aku?Bagi yang sudah kenal aku mereka akan panggil nama aku,tapi bagi mereka yang tak kenal lak macam mana?Selalu bile pergi buat servis di rumah customer,nama aku akan menjadi pelbagai mengikut ape yang aku buat di rumah mereka.Antaranya...

"Abang anai-anai",yang ni memang selalu dapat sebab memang kerja utama aku.Tak kisah la kan..

"Abang lipas",antara kerja aku jugak tapi jarang-jarang dapat sebab jarang customer yang ambik servis ni..

"Abang semut",kadang-kadang.dah macam suria baja hitam lak cuma aku ni bukan pembela semut tapi pembunuh semut...

"Abang jaring",yang ni spesial sket.Untuk mengawal tikus aku kena buat 'rat proofing' so kena pakai jaring.Jadi dapat la nama ni daripada awek tomboy masa aku buat kat Bugis Street ala-ala kopitiam kat Pandan Indah...

Jadi terpulang la pada mereka nak panggil aku ape pun,asalkan aku dapat buat kerja aku dengan sempurna dan mereka gembira ke anak cucu.



p/s:Korang lak jangan nak ngade-ngade panggil aku nama-nama di atas.Khas untuk customer aku je..

Saturday, May 23, 2009

Renungan Untuk Hari Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak


Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Thursday, May 21, 2009

Kerja

Penat-penat...semalam baru balik dari Gemas ngan Muar sebab kena gi buat servis kat sana.Macam biasa kalo nak ke sana,aku kena gi Bangi dulu,rumah bos aku(Abg Faizal)Malam sebelom tu aku tidow kat Kg.Baru sebab kalo tidow kat Shah Alam takut bangun lambat,mampos aku.

Pagi kul 7 lagi,tetibe Kak Wati(kerani) tepon aku ada benda nak kena bawak gi sana.Aku pon terus bangun menuju ke bilik 'termenung' sebab nak gi termenunglah,sambil bersiram.
Terus ke ofis dulu ambik pape yang patot.Dah setel suma baru terus gerak.

Bersama awekku yang setia aku menuju ke Bangi dengan mata yang berat.Aku dah tak berani lalu ikot jalan besar lagi sebab aku baru je kena saman sebab tak ikot laluan motor masa aku nak gi servis kat Puncak Alam.Aku hangin tol masa tu.Apesal la wat roadblock masa aku wat keje,wat la masa aku tak guna jalan raya tu,esok ke,semalam ke..dah 2 saman aku kena.1 saman sebelom tu sebab takde side mirror,kat Shah Alam lepas balik kelas kul 1 pagi..lepas kena saman pasal tu terus wujud dua antena kat tepi.Dah jadi Mat Rempit skema dah plak aku(masa tu istilah mat rempit leh guna lagi)...

Sampai je kat Bangi kul 9 pagi,aku singgah kedai mamak lu pekena roti canai ngan teh 'o' ais.Dah setel me'rangos'(makan),aku gi rumah bos dan terus gerak ke Gemas dulu.

Dalam keta masa dalam perjalanan,borak ngan bos macam-macam hal.Ni yang untung dapat bos yang banyak cerite...maklomlah AJK pusat.Perbincangan melibatkan dari segenap topik membincangkan hal-hal persatuan,kerja,pengalaman,dunia,bisnes,isu semasa dan tak lupa juga kereta kancil turbo beliau yang kami naiki masa tu...keta Mercedes,Honda Civic,bahkan lori-lori pon bukan tandingan kancil bos aku ni.Relek je die potong dengan riak.

Sampai kat Gemas terus wat keja,aku kena servis Tabung Haji Gemas kat situ.Dah belek-belek ape yang patot ngan amek sign pegawai sana kami terus blah.Lupe lak masa tu aku kena amik borang yang kena sahkan.Tu pon aku sedar bile keesokannya.Hahaha...mengamuk K.Wati..

Hari tu lagi,lepas wat keja ingat nak gi pekena nasi ayam Gemas.Tempat tu memang femes dan setiap kali kitorang datang Gemas wajib akan singgah makan kedai tu.Tetibe lak aritu kedai tu ngah wat renovation,kempunan den..adoi..dah tu terus gerak ke Maybank Muar lak dengan perot berkecamuk kelaparan.

Sampai kat Muar,gi makan lu.Tak tau kat mana kedai yang bez kat sana so kitorang gi makan kat McDonald jek...perghhh..Wak mesti dengki kalo die tau neh.Kena lak masa tu kul 1 tengahari,leh la dapat murah.Dah me'rangos sampai puas ati,baru gi wat keje.Aku sorang gi wat keje,bos lak lepak kat kedai jual DVD.

Setel keje...maka baliklah ke tempat asal.Bos nak balik awal sebab dia ada kelas kat Sekolah Teknik Sepang,pastu nak urus anak-anak dia lagi sebab wife dia takde kat rumah,ada tournament bola jaring katenya.Aku pon akur je..

Pergi ngan balik,bos yang drive..nak aku yang drive?Aku leh je cuma takot-takot tak sampai ke tempat yang di tuju.Impian di hati nak wat lesen n blaja bawak keta bile dah cukup duit.Kena kutuk ngan bos lak sebab takde lesen keta lagi.Dah di masukkan dalam bajet untuk wat lesen tu.Kalo tak,malu aku nanti nak bawak awek ke sape ke gi jalan-jalan.Takkan nak suh awek bawak keta,aku lak tidow kat tepi.Tapi kalo dia OK,aku lagi tak kesah...

Ermmm...dah melalut panjang dah.Ape aku nak taip lagi neh.Jarang btol sekarang aku nak update blog neh.Kat rumah intenet dah kena blok,kat ofis lak PC rosak.Terpaksa aku guna laptop K.Wati bile die dah balik.Ada time lapang je baru post entri baru..

Aahh...malas dah aku nak pikir lagi..wat novel ke aku ni.
.
.
.tuuuuuut..zzzZZZZ

Tuesday, May 19, 2009

IBU

Aku cuma singgah kejap sebab nak post ucapan

SELAMAT HARI IBU

Janganlah anda menderhakai ibumu walau dengan hanya berkata 'ah' sekalipun kepada ibu.
Jangan sesekali melukakan hati ibu dalam apa jua keadaan.
Ingatlah pada jasa dan sumbangan ibu yang tidak ternilai,yang tidak dapat di cari ganti.
Keperitan,kepayahan,dan ketabahan yang di harungi untuk membesarkan kita yang bergelar anak.


Ingatlah...syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
Tapi,sejauh manakah kefahaman kita apabila syurga itu di ibaratkan hanya terletak di bawah tapak kaki ibu?
Tempat yang di anggap paling mulia sekali,
tapi hanya berada di bawah tapak kaki seorang ibu...
Bagi yang sukar menerima penyataan ini haruslah berusaha mencari jawapannya,
kerana jawapan inilah yang menjadi kunci kepada kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat bagi seseorang insan


Doa seorang ibu terhadap anak-anaknya akan di makbulkan oleh Allah.
Karamah yang terdapat pada setiap ibu mampu menyelamatkan semua anak-anaknya dari semua masalah.
Itulah kuasa dan darjat yang telah diberikan oleh Allah kepada wanita yang bernama ibu.

Jadi,pesan ingatanku kepada semua rakan-rakanku yang masih lagi mempunyai ibu,
jagalah dia,hormatilah dia,muliakanlah dia,dan janganlah menderhakai dia...
selagi belum terlambat.

Amin…