08 January 2009

Mengapa Kita Semakin Beso Semakin Kurang Daya Tahan?

Petikan tajuk kali ini diambil dari kata-kata abang besar aku selepas berbual dengan beliau menerusi teknologi yahoo!Messenger iaitu abg Jon Jonson.

Mengapa?Semakin kita dewasa semakin itulah kita kekurangan daya tahan.Baik dari segi fizikal,mental,atau pun rohani.Mari kita imbau balik ke belakang,semasa kita kecil-kecil dahulu kita mudah untuk melakukan kebaikan dan mampu mendisiplinkan diri.Ini kerana semasa kecil,pengaruh luar masih belum lagi meresap ke dalam diri yang masih bersih ini.Allah sentiasa melindungi mereka yang masih baru dalam mengenal erti dunia sebenar.Apabila mencapai usia baligh,Allah memberi kita akal yang waras untuk menilai dan meneroka sendiri kehidupan ini.

Setiap perbuatan kita, akan ditanggung oleh kita sendiri pada masa kelak.Kita tidak boleh mengelak dari menghadapi dugaan dan cabaran yang datang bertalu-talu ke arah kita.Semakin kita dewasa,semakin itulah dugaan dan cabaran akan terus menerjah kita bila-bila masa sahaja.Dari sekecil-kecil dugaan hingga ke sebesar-besar dugaan,mengikut tahap individu masing-masing.Allah sentiasa berlaku adil terhadap makhluk-makhluk-Nya.Dia tidak akan mendatangkan dugaan kepada kita dugaan yang tidak mampu kita hadapi.Cuma kesanggupan untuk menerima dugaan itu sahaja yang penting.

Kita tidak boleh mengelak atau menafikan semua musibah yang datang kerana musibah yang menimpa kita tidak akan ke mana-mana selagi kita tidak sanggup menghadapinya.Inilah ujian yang perlu ditempuhi dalam menjadikan jiwa ini kental dan sentiasa bersabar dalam mengharungi pahit getir kehidupan.Selepas berjaya melawan dugaan yang datang,jangan terkejut kerana mungkin selepas ini akan datang dugaan yang lebih besar dari sebelumnya.Sebenarnya ini adalah cara Allah menaikkan tahap kedudukan seseorang itu dari bawah ke kedudukan yang tinggi darjatnya.Ianya seperti permainan komputer, yang perlu kita selesaikan peringkat demi peringkat.Semakin tinggi tahap permainan kita,semakin sukarlah permainan tersebut dan selepas berjaya akan mendapat markah yang tinggi.(contoh yang hanya kaki games je yang leh bagi)

Mungkin dewasa ini kita sering alpa dan lalai dengan bisikan-bisikan syaitan yang selalu berusaha menjatuhkan umat Islam.Melumpuhkan daya tahan mereka yang lemah.Lalai di tipu oleh keseronokan duniawi dan menyebabkan lupa dengan tujuan asal dan matlamat perjuangan mereka yang sebenar.Mereka yang tewas dalam menghadapi dugaan akan menjadi lemah dan terus lemah.Jika dibiarkan berlanjutan,pembentukan untuk menjadi mukmin yang kuat tidak akan terlaksana.

Jadi kita perlulah bersiap siaga dalam apa jua keadaan pun.Berusaha memperkukuhkan daya tahan kita untuk melawan dugaan dan cabaran.Mulakan dari awal seperti pembentukan rohani,jasmani dan mental.Semua itu berbalik pada diri sendiri,70 pintu,hanya 1 pintu sahaja yg betul.Fikir dan buatlah pilihan dengan sebaik-baiknya.

4 comments:

jon jonson said...

tahniah atas ulasan dr komen spontan aku...dah nmpk la tu

btw,70 pintu?...bukan 73 ke?

mint said...

73 ke?try gak cari lagu M.nasir yg tu ntuk konfem,tp lupa lak tajuk pe...hehehe

Anonymous said...

lagu "tanya sama itu hud-hud"

kite makin kurang daya thn psl dah x minum enfagrow, fernleaf, anlene dsg.. ye arr xder saper nk blikan utk kite.. time kecik mak bapak rajin arr blikan.. dah beso phm2 sndiri arr.. hehehe

imansyah'09 said...

daya tahan diri semuanya bermula dari hati..kalo hati bersih,i'Allah semuanya akan bersih..tapi kalo hati x berapa nk bersih,susah jgk tuh,nampak gaya kena usaha bersihkan hati dulu la..

wallahua'lam..