19 May 2009

IBU

Aku cuma singgah kejap sebab nak post ucapan

SELAMAT HARI IBU

Janganlah anda menderhakai ibumu walau dengan hanya berkata 'ah' sekalipun kepada ibu.
Jangan sesekali melukakan hati ibu dalam apa jua keadaan.
Ingatlah pada jasa dan sumbangan ibu yang tidak ternilai,yang tidak dapat di cari ganti.
Keperitan,kepayahan,dan ketabahan yang di harungi untuk membesarkan kita yang bergelar anak.


Ingatlah...syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
Tapi,sejauh manakah kefahaman kita apabila syurga itu di ibaratkan hanya terletak di bawah tapak kaki ibu?
Tempat yang di anggap paling mulia sekali,
tapi hanya berada di bawah tapak kaki seorang ibu...
Bagi yang sukar menerima penyataan ini haruslah berusaha mencari jawapannya,
kerana jawapan inilah yang menjadi kunci kepada kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat bagi seseorang insan


Doa seorang ibu terhadap anak-anaknya akan di makbulkan oleh Allah.
Karamah yang terdapat pada setiap ibu mampu menyelamatkan semua anak-anaknya dari semua masalah.
Itulah kuasa dan darjat yang telah diberikan oleh Allah kepada wanita yang bernama ibu.

Jadi,pesan ingatanku kepada semua rakan-rakanku yang masih lagi mempunyai ibu,
jagalah dia,hormatilah dia,muliakanlah dia,dan janganlah menderhakai dia...
selagi belum terlambat.

Amin…

3 comments:

Anonymous said...

insaf...

eVy-D-YaNa said...

karamah ibu~ :)

mint said...

airland- bguslah anakku kau dh insaf...jgn isap rokok lg yea..

evy- power yg Allah beri hanya kpd ibu je..