19 March 2009

Bayaran Tunai

Kali yang ke berapa dah aku sendiri pun tak ingat. Dah macam perkara biasa bagi aku tapi aku bukannya suka sangat bila kena.Kalau boleh jangan kena lagi bagus.Tapi itulah apa yang di katakan pembalasan secara terus dari Tuhan kepada hamba-hambanya terhadap apa yang dah mereka buat sebelum ni.

Sri Petaling, pukul 5 pm................Tiba-tiba,tanpa aku sedari kaki kananku dah di hempap oleh BDH4488,aku mengesot perlahan-lahan untuk melepaskan kakiku...tapi aku tidak terdaya.Puas aku menarik tapi tak dapat lepas kerana berat si BDH itu bukan main lagi.Nasib baik ada kawan sepermotoran yang berhenti menolong aku.

"Abang OK?",tanya beliau kepada aku...
"OK-ok"...balas aku untuk tidak menghampakan pertanyaan beliau itu.

Aku yang baru diselamatkan tadi cuba mengambil kasut PKNS sebelah kanan aku yang tercabut,kain lap merah dan serpihan kepala si BDH.Lalu aku duduk di pembahagi jalan dan merenung kereta putih yang sudah tercabut bumpernya.Si empunya kereta putih datang kepada aku dan bercakap dalam bahasa Melayu slang cina.
"Itu jauh u....pot pet pot pet pot pet...",dalam lebih kurang lima ke lapan patah perkataan.
Sepatah haram aku tak paham...lepas tu dia blah.

Lepas memasukkan bumper belakang beliau yang dah patah dan tercabut itu ke dalam kereta,beliau terus mem'blah'kan dirinya.
Eh-eh? Aku jadi pening ngan gelagat dia.Apehal cina ni?Aku terpaku...aku yang salah ke dia? Apesal die blah camtu je?

Lebih kurang beberapa mat motor yang singgah di tempat kejadian tadi bertanya khabar kepada aku.Ada yang tanya aku nak ambik nombor kereta tu tak? Aku tak tau nak jawab apa. Aku malas nak besar-besarkan cerita.Kalo tak kang bertumbuk aku ngan cina tu kat situ...
Kemungkinan cina tadi terus blah sebab aku di kelilingi ramai mat-mat motor.Takut kena blasah la tu kot...

Yang abang motor sorang ni nak gi tahan keta tu dari blah,tapi bile die tengok aku yang takde menunjukkan reaksi ape-ape die pun jadi serba salah nak gi tahan...terus die sound aku.."Ni sape salah?Apesal ko tak cakap pape?"
Aku pun jawab"Biarlah,terima kasih bebanyak bang",sambil senyum.
Brader yang semangat berkobar-kobar nak tahan keta cina tadi tu pun senyum kepelikan kat aku.
Brader sorang lagi asyik tanya aku ok ke tak...nak bawak ke klinik ke tak...
Aku cakap takde pape,trus aku naek si BDH yang dah jadi separuh MKU(motor kurang upaya) dengan kecacatan sementara itu dan terus menuju ke lokasi kerja aku dan bekerja dalam keadaan yang menyayat hati.

Tribute to brader2 motor yang menolong aku tadi...hidup geng motor!!

7 comments:

jon jonson said...

walawei, eksiden lg ko...kena mandi munga neh

mint said...

beginilah hidup sbgai seorg mat motor...x lekang dri x-ciden.

-s.u.m.e.r.e- said...

t0l0ng jaga diri ea.. su risau tau apabila diceritaka perkara ini.. =D

Anonymous said...

ha..excident2 jg..motor tuh.kne jg jg bro...jgn jd aku./..pki tongkat sebulan...

mint said...

mmg aku mnjganye dgn spnuh jiwa ragaku..dh kalo nk kena,kena jgak..

jon jonson said...

"su risau tau apabila diceritaka perkara ini.. =D"

sila jelaskan perkataan pertama di atas, tq

mint said...

suku kata pertama 'su' dari perkataan 'susu' atau pon 'suriram ram ya manis'ataupon 'suwey'...
hanya gosip semata2..=P