01 August 2009

Buku

Aku ingin men'suggest'kan kepada semua peminat novel-novel yang berupa sejarah Islam untuk membaca buku-buku karangan Abdul Latip Talib atau Pak Latip dan ia diterbitkan oleh PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

Buku yang dikarang oleh Pak Latip ini lebih berkisar kepada sejarah kebangkitan Islam di zaman Rasulullah S.A.W. Dari zaman khulafa ar-rasyidin yang empat sehinggalah ke zaman Bani Uthmaniah. Antara judul-judul buku hasil karya beliau ialah Khalid- Memburu Syahid, Umar Al-Khattab- Reformis Dunia Islam, Salahudin Ayubi- Penakluk Jerusalem, Ali Bin Abi Talib- Mutiara Ilmu Islam, Abu Bakar- Sahabat Sejati, dan banyak lagi judul-judul lain.

Apa yang membuat aku tertarik kepada novel-novel karangan beliau ialah tentang jalan ceritanya yang agak mudah diikuti dan mudah difahami dari segi plot-plot ceritanya. Beliau(Pak Latip) menggambarkan keadaan dan suasana seolah-olah beliau juga turut serta bersama pada zaman itu membuatkan aku kagum dan menghayati jalan ceritanya. Sememangnya aku merasakan beliau ini bukanlah orang kebiasaan.

Setakat ini aku sudah mengumpul enam judul novel karangan beliau, seperti yang aku sebut tadi. Aku cuma dapat mengesyorkan sahaja, tapi kalau mahu membacanya belilah sendiri. Tak rugi jika dijadikan koleksi peribadi kerana ia amat bernilai dari segi kandungan yang terdapat didalamnya dan kualiti buku-buku tersebut yang agak 'catchy'.

PTS Publication

5 comments:

Anonymous said...

ko dpt komisen ke klu org beli buku ni??hehehe

mint said...

manada...nk brkongsi bnda baek pon xkn nk komisen gak.tp kalo company tu nk bg aku trime je.haha...tp ko ptot bca la.saranan dri AJK Pusat sndri.xnk bca lg,skati la..

jon jonson said...

nnt wiken bwk skali masa lepak

Anonymous said...

ms lepak ke berbudaya??

[*Miera^Coklet*] said...

0hhh..cik kumin mmg ska mbaca ek??
bg0s2...truskan!! cay0k!!!